assalamualaikum.. haiii u olls...
maaf la xsempat nak update bnyak2 bnda dlam blog neh... x samapi sbulan rase nya dah kne balik poli yang tersayang.. sayang la sangat kan... hahahah...
btw aku nie baru je balik dari keyell...
pusing-pusing... ronda-ronda with spupu.... ingat kan nak lawat buah ati aku kat upnm sungai besi... tapi memandangkan xde orang nak pegi antar... trpkasa la tahan prasaan rindu yang membuak2 nie.. sob sob :'( sedeyyhhhh!
tapi xpe.. hati nie masih boleh bertahan smapai rayerr... xlame ag... dalam sbbulan lebih je lagi nak samapi raya.... hari nie result kamsis kuar.. tapi rayuan punyer la... huhu.. aku pun tak tahu cmner name aku yang meletop nie boleh tercicir kan... (prasaan la plak kan.. ) alhamdulillah aku dapat even tu rayuan... hahahaha..
stakat tu jela dulu,... kte jmpe next story plak... nak tggu aku pnyer next story alamak xbrasap la... hahaha... taip panjang-panjang nanti korang meluat plak kan... k tata... assalamualaikujm....
Sunday, 9 June 2013
Thursday, 6 June 2013
bersabarlah duhai hati ;)
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman:
Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]
Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian..
Oleh itu, Wahai hati... bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun". Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
my life
