my cinta ku~~

my cinta ku~~
si dia

Saturday, 22 February 2014

pedulikan kata orang yang suka merendahkan kan kita! tu lebih baik kot~

Assalamualikum... Hi..Tergerak hati nie nak menulis sbb tadi terbaca satu blog yang sangat betul lah tu.. tu pada pandangan aku.. kalau korang tak thu la kan...  motivasi berbunyi begni :aku amek ni dari blog Dr Inspirasi.. sangan berguna sebagai pedoman diri sendiri.. buat ape asyik ikot cakap orang yang akhirnya kita sendiri yang terseksa.. Better buatlah ape yang kita rasa nak buat... go and go... tu lebih baik sebenarnya... tak salah tnya pendapat orang... tapi tanya la pendapat orang yang kite betul-betul percaya.. sebab orang kita sekarang mempunyai satu sifat suka berhasat dengki... moga dengan ape yang beliau kongsikan jadikan pengajaran utuk kita semua.. berfikir sejenak...



Motivasi Diri:Kita Tidak Mampu Mengembirakan.. Hari ini saya ingin kongsikan tentang sebuah kartun yang menarik dan memberi satu pengajaran motivasi. Rasanya ramai pernah melihat atau mendengar kisah ini, di mana terdapat dua beranak yang mengembara dengan seekor keldai. Namun begitu, ada sahaja pendapat yang dilontarkan kepada mereka untuk setiap pekan yang dilalui. Tetapi dalam kartun ini, yang mengembara adalah sepasang suami isteri.
donkey Motivasi Diri:Kita Tidak Mampu Mengembirakan..
Apa Pengajaran Cerita Motivasi Ini?
1. Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza. Kita perlulah belajar untuk mendengar pendapat mereka. Namun begitu, perlulah kita ketahui tidak semestnya pendapat mereka benar belaka. Mungkin ada salahnya di situ. Jadi di sinilah peranan kita sebagai manusia dan khalifah untuk berfikir secara rasional berdasarkan prinsip agama dalam membuat pilihan yang betul.
“I don’t know the key to success, but the key to failure is trying to please everyone.”
2. Pernah saya terdengar sebuah quote mengatakan bahawa, kegagalan adalah di mana kita cuba mengembirakan hati semua orang. Ya, apabila kita cuba mengembirakan kesemua orang kesan akhirnya sebenarnya kita yang sakit dan menderita. Hal ini kerana bukan semua orang dapat kita puaskan dalam satu masa.
Lantas inilah yang telah membuat saya mula tidak ambil ralat dengan pendapat orang lain yang mempunyai unsur negatif. Jika kita terlalu mengambil dan mengenang pendapat mereka, kita tidak dapat hidup dengan tenang.
3. Ketahuilah apa yang kita mahu dan ingin dicapai. Janganlah hidup berdasarkan tiupan angin. Selagi kita tidak mempunyai impian, maka senanglah kita ditiup megikuti pandangan orang.
4. Belajarlah untuk mempunyai pendapat dan prinsip sendiri. Sedikit demi sedikit ia akan membentuk keyakinan diri kita.

HAH!Macamana? betul kan... sememangnya kita ingin mengembirakan hati semua orang, buatlah untuk orang yang betul-betul menyayangi... Mungkin ni boleh jadikan pembakar semangat untuk aku... move on and terus move on... 

oke lah.. aku sebenarnya kat tempat praktikal... sorok2 je nie menaip.. sementara tak de kerja.. hihi... tekan keypad keyboard pun slow-slow ja.. takot ada suara-suara sumbang kedengaran plak nanti.... lebih baik diam dari berkata pape.. nanti jadi lebih terok kan... sebenarnya banyak story aku nak luahkan, nak cerita.. tapi kekangan masa... sibuk.. tambah-tambah kat rumah terus tido... panjang plak celoteh aku pagi-pagi nie kan.. hahahah.. oke see u at next story...
daadaaa u ollss.... i lap u ! :*

No comments:

Post a Comment

my life

all about my life ;)