Assalamualaikum...
Semalam penat sangat.. :D ... Semalam dapat jumpa org tersyg pun dah cukup buat aku tido lena.. hihi
btw, bukan tu sebenarnya aku nak cerita... haa.. aku ada tips untuk kongsikan menghindari atau mengurangkan rasa malas bila nak solat AND ONE MORE PASAL KEBAIKAN SOLAT DHUHA.. MUNGKIN YG NIE PATOT AKU AMALKAN.. HIHI..... ini aku ada petik kata-kata dari sebuah blogger...
Berikut adalah tipnya.
- Yakin dan percaya pada Allah. Doa pada Allah untuk beri anda kerajinan dan kesempatan untuk tunaikan solat lima waktu.
- Apabila di beritahu Allah taala supaya solat, terus solat. ( Just Do it ).
- Jangan berfikir dan terus pergi solat.
Apabila anda selalu berdoa, Allah pasti akan jawab doa anda dan Dia pasti beritahu anda untuk solat pada setiap waktu. Tanda Dia beritahu adalah anda rasa ingat untuk solat atau rasa sedar bahawa anda belum solat atau anda sendiri rasa hendak solat. Ketika dapat kesedaran terus solat dan jangan tangguh – tangguh....
Haaa.. Nie cara solat sunat dhuha...
Banyak kebaikan menunuaikan solat nie yang aku nak kongsikan juga aku petik dari sebuah blogger... Antaranya:
1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?
" Ya allah, jika benar dia tertulis untuk ku... Kau dekatkan la kami dengan cara yang kau redhai... , Percepatkan lah jodoh kami.. kau satukan kami seprti mana yang kau kehendaki.. ya allah, permudahkan urusan hidup kami, Berikan la rezeki buat kami.. Amin ya rabbalalamin.. "
* insyaallah kita sama-sama laksanakan , semoga dipermudahkan oleh-Nya.
No comments:
Post a Comment