my cinta ku~~

my cinta ku~~
si dia

Friday, 28 February 2014

hilangkan perasaan rindu ..ce try!

Tajuk entry kali nie... hilangkan perasaan rindu dalam diri.. huh! xsalah kalau rindu.. taappi kalau rindu tu dah baut kiter meroyan baik buang jauh-jauh... nanti kite jugak yang sakit jiwa...macam yang aku alami sekarang nie la... Terseksa jiwa dan raga.. perh! ayatt.. hahaha
Jadi.



Ini cuma tips yang Aku dapat daripada blogger yang baik. so pakat try la deh! 


Salah satu tips bila teringat/rindu datang menjengah di hati suka-suka hati. 


Terimalah rindu sebagai bukti menunjukkan diri kita masih seorang yang normal =) 

Jangan berasa marah terhadap rindu. Jangan sedih bila rindu. Jangan biarkan rindu mengganggu kehidupan sehari-harian kita. ( aku suka marah kalau dah rindu, sbb perasaan rindu tu sakit sangat , hahaha)

Rindu yang ada bukan untuk di buang. Tapi, rindu itu hendaklah di kawal oleh setiap empunya badan. Kalau rindu pada pasangan yang halal, di persilakan dan di alu-alukan menghubungi pasangan seandainya dia berada di kejauhan.


Sebaliknya bagi yang ada rindu pada orang-orang yang tak sepatutnya. Contohnya:

  • Belum ada atau sudah ada pasangan. Tapi rindu pada pasangan orang lain.
atau 
  • Rindu pada bekas teman lelaki/perempuan.
atau
  • Rindu pada seseorang yang tak mengetahui bahawa kita rindu pada dia.

Di sinilah bermulanya tugas diri mengawal perasaan:


1) Jangan Paksa Diri, Cuba Untuk Redha
Melakukan sesuatu perkara dengan cara terpaksa, selalu berakhir dengan rasa sakit atau penat. Parah rindu selalu semakin menjadi-jadi bila kita masih mengharapkan sesuatu dari cinta insan terlarang.
Terima hakikat bahawa dia bukanlah orang yang di takdir sebagai jodoh kita, akan membantu kita menghilangkan perasaan tak di undang.
Percayalah. 
Edit Note: Tapi, kalau betul dia adalah jodoh kita yang sebenarnya kat dunia ni, insya Allah, sampai satu masa dia akan tampil sebagai jodoh kita. Dengan ketentuan Allah (^_^).
Jadi berdoalah. Pohonlah yang terbaik dari Allah untuk diri masing-masing. 


2) Doa Untuk Dia
Apa kita buat kalau kita jatuh hati pada seseorang? Tentu kita berharap dia menjadi takdir jodoh kita. Tapi, di sebabkan dia yang kita maksudkan sudah memiliki orang lain. Maka, setiap kali rindu itu mengganggu, doakanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita.


Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak. Ya, semua pihak.


3) Terrrr Ingat Itu Tak Salah, Contact Jangan Sekali 
Kita sebenarnya sedar kita tak mampu miliki sesuatu. So, jangan geli-gelikan tangan untuk menghubungi orang-orang tersebut. JANGAN. Jangan rendahkan harga diri kerana insan-insan yang takkan menjadi milik kita.
Sesekali jangan! 


4) Doa Untuk Diri Sendiri Juga
Dalam kita mendoakan orang lain. Jangan lupa mendoakan untuk diri sendiri jugak. Doa senjata kekuatan orang mukmin. Doa bererti kita percaya ada yang Maha Kuasa mampu membantu kita dalam apa jua keadaan. Doa padaNya, bererti kita yakin kewujudan Pencipta Yang Berkuasa Mutlak ke atas setiap makhluk. 

aku rasa aku patot try guna tips nie,, mne la thu berguna dan boleh merawat penyakit rindu aku nie... orang xde pape pun.. p kite plak yang terhegeh2.. lebih baik cepat2 hindarkan seblum di COP cmtu... 

ape lagi... jum amalkan tips nie... 
rindu pada yang illahi.. rindu pada family... 

No comments:

Post a Comment

my life

all about my life ;)